Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

 

Di antara Peruntukan-Peruntukan Dalam Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 yang dipertikaikan atas alasan mendiskriminasikan wanita adalah:

 

 

Subseksyen 107(A): Permohonan kepada Mahkamah untuk menahan/menegah isteri/suami daripada melupuskan harta masing-masing semasa dalam prosiding.

 

  • Di bawah seksyen baru ini, suami/isteri boleh memohon kepada mahkamah untuk menahan/menegah suami/isteri melupuskan harta masing-masing.  Perkara ini hanya terpakai kepada suami atau isteri semasa prosiding hal ehwal suami isteri belum selesai.  Justeru, kedua-dua pihak boleh memohon kepada mahkamah untuk menegah melupuskan harta masing-masing.

 

  • Walaupun pada asasnya peruntukan ini dilihat tidak mendiskriminasikan wanita, namun mereka berpendapat ianya perlu diteliti secara lebih mendalam bagi memberi lebih perlindungan kepada wanita.

 

 

KOMEN:

 

Subseksyen 107(A) adalah seperti berikut:

 

“107A (1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak kepada sesuatu perkahwinan –

 

(a)    jika mana-mana prosiding hal ehwal suami isteri belum selesai; atau

(b)    dalam mana-mana prosiding yang mahkamah boleh membuat perintah di bawah seksyen 122,

 

membuat suatu perintah melarang isteri atau suami, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada melupuskan apa-apa aset yang telah diperoleh mereka, secara usaha bersama atau usaha satu pihak semata-mata, semasa perkahwinan mereka berkuatkuasa jika mahkamah berpuashati adalah perlu untuk berbuat demikian.

 

(2) Kegagalan untuk mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan kepada mahkamah.”

 

1.         Tujuan subseksyen ini ialah bagi menghalang mana-mana suami atau isteri dari melupuskan apa-apa aset yang diperoleh oleh mereka, secara usaha bersama atau atas usaha satu pihak semata-mata bagi menjamin supaya apa-apa perintah yang dibuat oleh mahkamah mengenai aset berkenaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.  Sekiranya harta tersebut dilupuskan oleh mana-mana pihak sebelum perintah mahkamah dibuat, maka ada kemungkinan perintah mahkamah berkenaan tidak bermakna.

 

2.         Walaupun perintah tersebut merangkumi aset yang telah diperoleh atas usaha satu pihak semata-mata, namun ia adalah sukar untuk menentukan kedudukan hak milik sebenar aset tersebut sebelum dibicarakan di mahkamah dan mahkamah membuat keputusan berdasarkan kepada bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak-pihak semasa perbicaraan. Ibnu Qayyim ada menjelaskan hal ini di dalam Kitabnya ”al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siayasah al-Syar’iyyah” seperti berikut:

 

Di kalangan kebanyakan ahli perundangan Islam mereka bersependapat bahawa di dalam kes tuntutan antara suami isteri yang sama-sama berusaha dalam mendapatkan harta rumah tangga dan berkedai, tuntutan yang sedemikian hendaklah diterima berdasarkan keterangan yang membuktikan tuntutan itu. Sebenarnya di dalam persoalan ini, pemilikan sesuatu harta itu tidak dikira hanya semata-mata berdasarkan nama yang tertera di dalam harta itu. Setakat nama yang tertera di atas sesuatu harta itu belum tentu membuktikan pemilikannya. Kenyataan sebegini adalah kerana seandainya diambil kira hak milik sesuatu harta semata-mata mengikut nama yang tertera di atas sesuatu harta itu, maka nescaya serban yang dipakai di kepala seseorang yang merampas serban kepunyaan orang lain akan dikira sebagai serban kepunyaan perampas itu, sedangkan pengiktirafan yang sedemikian adalah suatu kezaliman dan tidak diambil kira.”

 

3.         Pandangan Ibn Qayyim ini adalah selaras dengan peruntukan pindaan ini dan memberikan perlindungan kepada hak kedua-dua pihak. Sebagai contoh, suatu harta didaftarkan atas nama suami sedangkan harta tersebut diperolehi melalui usaha bersama atau usaha satu pihak. Begitu juga jika suatu harta di daftarkan atas nama isteri tetapi sebenarnya diperoleh melalui usaha bersama atau usaha satu pihak. Adalah adil peruntukan seperti ini diadakan untuk mengelakkan dari penama harta tersebut melupuskan harta sesuka hati sebelum perintah perceraian dikeluarkan.

 

qqçKembali Ke Halaman Utama


© 2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com