Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

Di antara Peruntukan-Peruntukan Dalam Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 yang dipertikaikan atas alasan mendiskriminasikan wanita adalah:

 

 

Subseksyen 23(4): Kelonggaran berpoligami

 

  • Pindaan ini dikatakan memberi kelonggaran kepada suami untuk berpoligami oleh kerana peruntukan asal yang  menetapkan syarat berpoligami iaitu  patut dan perlu” telah dipinda kepada "patut atau perlu".

  • Mereka berpendapat bahawa peruntukan asal yang memerlukan suami membuktikan perkahwinan poligami itu adalah “patut dan perlu” lebih menepati konsep keadilan dalam Islam berbanding dengan yang dicadangkan pindaan yang baru di mana suami hanya perlu membuktikan perkahwinan poligami itu “patut atau perlu”. 

 

 

KOMEN:

 

1.         Peruntukan asal subseksyen 23(4) (a) dalam Akta 303 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh memberi kebenaran untuk berpoligami sekiranya Mahkamah berpuashati, antara lain –

 

“(a)  bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandangkan kepada, antara lain, hal-hal keadaan berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan kehendak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada,”.

 

2.         Di bawah Undang-undang Islam, seorang lelaki dibenarkan berkahwin dengan lebih dari seorang isteri iaitu sehingga empat dengan syarat dia boleh berlaku adil kepada mereka.  Diwahyukan dalam al-Quran:

 

a.   “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan, dua, tiga atau empat.  Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.  Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melaku kezaliman.” (Surah al-Nisaa (4) : 3)

 

b.   “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya; oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayang, sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang; dan jika kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu dan memelihara diri daripada perbuatan yang zalim, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” (Surah al-Nisaa (4) : 129)

 

3.         Maksud ayat di perenggan (a) memberi perhatian kepada keadaan yang timbul dari kesan peperangan dalam sejarah Islam apabila ramai perempuan telah menjadi yatim dan janda.  Keizinan berkahwin lebih dari seorang isteri diberi untuk mencapai keadilan sosial.  Ayat itu jelas menerangkan kemungkinan  perempuan yang yatim dan janda dianiaya atau diabaikan.  Oleh kerana itu, al-Quran, untuk mengelakkan kejadian itu, membenarkan lelaki Islam berkahwin lebih daripada seorang isteri. Walau bagaimanapun sekiranya kebenaran berpoligami itu disalahgunakan dan boleh membawa ketidakadilan dalam perhubungan keluarga, orang Islam dinasihatkan berkahwin seorang sahaja

 

4.         Adalah diperhatikan bahawa perkataan “patut dan perlu” diterjemahkan dalam versi Bahasa Inggeris sebagai “just and necessary”. Oleh itu berasaskan kepada ayat-ayat al-Qur’an yang tersebut di atas perkataan yang sewajarnya digunakan ialah “adil” dan bukannya “patut”. Oleh itu perkataan “just” yang digunakan bagi versi Bahasa Inggeris adalah tepat. “Adil” mengikut hukum Syara’ merangkumi perkara-perkara seperti kemampuan untuk menanggung semua isteri dan orang tanggungannya termasuklah orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan perkahwinan itu, berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya, tidak menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. Oleh itu dicadangkan supaya perkataan “patut atau perlu” digantikan dengan perkataan “adil” supaya selaras dengan hukum Syara’.

 

5.         Mengikut pindaan ini, permohonan berpoligami hendaklah dikemukakan kepada mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dengan disertakan suatu ikrar yang menegaskan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu. Hakim akan melihat apa yang patut atau perlu. Ini adalah demi kepentingan dan keadilan isteri. Pembuktian yang dikehendaki oleh Mahkamah adalah berat. Tambahan pula terdapat keperluan untuk menyatakan pendapatan semasa pemohon bagi menentukan keupayaannya berpoligami. Sekiranya pendapatannya tidak berbaki, maka dia akan diputuskan sebagai tidak berkeupayaan untuk berpoligami. Suami juga dikehendaki menyatakan butir-butir komitmennya, kewajipan dan tanggungan kewangannya , bilangan orang tanggungannya termasuklah orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu. Selain dari itu, pandangan isteri yang sedia ada juga perlu dipertimbangkan walaupun tidak diperuntukkan dengan jelas bahawa isteri mesti memberi keizinan. Berpoligami hanya boleh dibenarkan oleh Mahkamah setelah mengambil kira semua faktor yang dihuraikan di atas.

 

6.         Subseksyen 23 (4)  menjelaskan : “....Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, jika ada, dan orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati.” Pindaan subseksyen 23(4) ini adalah bertujuan untuk mengetatkan lagi syarat berpoligami. Dengan peruntukan ini tiada ruang untuk suami menyembunyikan apa-apa fakta yang berkaitan dengan perkahwinan itu kerana mereka yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan perkahwinan yang dicadangkan akan hadir memberikan keterangan. Di sinilah peluang isteri yang sedia ada untuk membuat apa-apa representasi dan bantahan.

 

qqçKembali Ke Halaman Utama


© 2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com