Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

Jawatankuasa kecil Syariah

Jawatankuasa tersebut di bawah Majlis Peguam berulangkali melalui beberapa surat memberitahu Majlis Peguam dan juga jawatankuasa kecil hak asasi manusia:

IRC yang dicadangkan itu bersifat anti-Islam. Oleh itu, mereka menentangnya.. Tidak mahu terbabit dengan IRC.

Memandangkan Persatuan Peguam adalah badan yang dianggotai peguam Islam dan bukan Islam -- seperti dikehendaki undang-undang untuk menjadi peguam bela dan peguamcara maka ia tidak sesuai menjuarai mana-mana pihak yang bertentangan dengan pihak lain, sebab kedua-duanya menganggotai Persatuan Peguam. Apa pun, Majlis Peguam tidak mempedulikan pendirian peguam-peguam Muslim dan terus bersikap "membujur lalu melintang patah": AJK Syariah yang menentang IRC tidak dilantik semula dan digantikan dengan Sham Haris Fadhilah yang lantang menjuarai hak orang Islam untuk murtad. Kedua, semua AJK Syariah diserap dalam IRC tanpa persetujuan mereka.

Pengaruh MCCBCHS dalam Majlis Peguam amat bertentangan dengan Seksyen 46A Akta Profesion Peguam yang melarang peguam-peguam yang memegang jawatan dalam badan lain menganggotai Majlis Peguam. Tujuan peruntukan ini supaya peguam boleh bertindak bebas dan tidak dikongkong badan-badan lain.

Namun Majlis Peguam tidak menghiraukannya apabila membenarkan MCCBCHS mempengaruhinya, sekali gus mengetepikan kepentingan dan sensitiviti anggota Islam Persatuan Peguam.

Aktiviti Promosi IRC

Selepas mendapat memorandum MCCBCHS, Majlis Peguam pada 8 Disember 2001 mengadakan festival hak asasi yang bertemakan Hak Kebebasan Agama. Majlis juga menerbitkan satu keluaran khas INSAF (buletin Majlis Peguam) tentang hak kebebasan agama menurut perspektif semua agama.

Anehnya, agama lain digambarkan tiada khilaf tentang kebebasan agama dengan menerbitkan satu artikel saja untuk agama-agama itu, tapi bagi Islam pula ada tiga artikel khusus supaya menunjukkan khilaf; dua oleh Sisters In Islam dan satu oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dari PUM. Jawatankuasa kecil Syariah menulis beberapa surat kepada Majlis Peguam, menegaskan penentangan mereka kepada IRC.

Ketiga, pada 17 Mei 2003, dianjurkan bengkel hak kebebasan agama. Beberapa NGO Islam seperti ABIM, ACCIN dan juga JUST serta Sisters in Islam menarik diri dari bengkel ini.

Keempat, dalam konferens undang-undang Persatuan Peguam, isu hak murtad ditimbulkan beberapa kali sehingga ada beberapa hakim mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan ajaran Islam mengenai murtad.

Akhir Februari ini, mereka merancang satu persidangan kebangsaan bagi mendirikan IRC. Deraf undang-undang penubuhannya telah siap. Badan-badan Islam dinasihati supaya tidak mendekati secara apa pun persidangan ini.

Tipu helah

Majlis Peguam seolah-olah dalam keadaan terdesak bagi mendapatkan penglibatan orang Islam dalam mendirikan IRC. Justeru, mereka terpaksa melakukan apa saja untuk menunjukkan IRC mendapat sokongan orang Islam.

Antaranya, nama-nama individu Islam yang telah begitu lama menarik diri dan tidak menghadiri mesyuarat untuk mendirikan IRC, masih dikekalkan dalam minit perjumpaan itu seolah-olah mereka mengambil bahagian aktif. Manakala AJK Syariah dimasukkan ke dalam IRC tanpa persetujuan mereka.

Dalam jawatankuasa penubuhan IRC, agama-agama lain diwakili seorang saja, tetapi untuk Islam diwakili pelbagai pihak yang bertentangan, yakni ACCIN (pendapat arus perdana Islam), kumpulan Kassim Ahmad (diwakili Sham Haris Fadhillah), Sisters in Islam dan Dr Chandra Muzaffar (yang berpendapat orang Islam harus diberi hak murtad).

Tujuannya bagi menunjukkan dalam Islam ada pelbagai pendapat tentang murtad, selain melaga-lagakan pihak yang bertentangan itu. Walhal agama-agama lain juga mempunyai pertentangan yang ketara, tetapi dengan diwakili seorang saja seolah-olah agama-agama bukan Islam itu sepakat. Ini jelas satu pembohongan selain menimbulkan fitnah kepada Islam.

source: haraikahdaily.net

 

qqKembali Ke Halaman Utama


2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com