Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

Isu Kumpulan Artikel 11

(petikan Harakah Mei 2006)

 

 

Kes keluarga Dr Ridzuan dan isterinya Syamala telah dijadikan satu-satunya alasan menubuh badan bukan Islam terbaru yang bernama Artikel 11. Artikel ini adalah peruntukan Perlembagaan mengenai hak agama.

 

Mereka berhujah bahawa dalam kes itu, anak-anak kecil telah dimasukkan ke dalam Islam tanpa berunding dengan ibu mereka dan ini menunjukkan sikap Mahkamah Syariah yang begitu bersedia memaksa pelaksanaan Syariah atas bukan Islam.

 

Jawapan pada mereka, ini adalah akibat bukan Islam yang mempertahankkan hak mereka sahaja tanpa menghiraukan hak orang Islam. Atas kehendak bukan Islam, undang-undang keluarga bukan Islam tidak membenarkan pasangan yang telah masuk Islam itu pergi ke mahkamah sivil supaya menyelesaikan masalah yang timbul daripada keislamannya.

 

Hanya pihak bukan Islam yang diberi hak membawa tuntutannya ke mahkamah sivil. Oleh yang demikian pihak bukan Islam, jika tidak pergi ke mahkamah boleh “menyimpan” anak mereka selamanya. Pihak Islam pula tidak dapat melawat anaknya pun.

 

Hasrat Dr Ridzuan yang bertekad mengambil anak-anaknya dan mengislamkan mereka supaya dapat main peranannya sebagai ayah tidak kesampaian.  Akhirnya Syamala, yang pergi ke makamah sivil ingkari perintah mahkamah dengan membawa lari anak-anak mereka. Sehingga hari ini Dr Ridzuan masih tidak dapat berjumpa anak-anaknya.

 

Jika keadaan suami Islam itu merumitkan, kedudukan isteri yang masuk Islam adalah zalim dan menjijikkan; beliau dipaksa undang-undang bukan Islam untuk terus menjadi isteri kepada lelaki bukan Islam walaupun itu mungkin melibatkan zina.

 

Oleh yang demikian isteri Islam dinasihat, malah digalakkan, agar jangan tunggu diceraikan, kahwin saja lelaki Islam, tetapi sebelum itu dapat pengisytiharan Mahkamah Syariah bahawa perkahwinan kepada bukan Islam tidak sah lagi.

Dari segi undang-undang jenayah sivil, ini adalah kesalahan (bigamy) dan jika didakwa di mahkamah beliau hendaklah bela diri dengan mencabar undang-undang sivil itu dengan Syariah, seperti bukan Islam mencabar Syariah dengan undang-undang sivil.

 

Ada juga kes di mana pihak bukan Islam tidak mahu cerai supaya dapat memelihara anak-anak sehinggah besar, dan juga supaya dapat menuntut pusaka pasangan Islamnya.

 

Ironik juga keadaan ini sebab prinsip yang berkenaan adalah: lebih baik perkahwinan yang telah merosot itu dibubarkan serta-merta supaya kedua-dua pihak itu dapat teruskan hidupan masing-masing secepat mungkin.

 

Keadaan tidak adil pada mualaf adalah akibat buruk sangka ahli suruhanjaya diraja diketuai Hakim Besar Malaya pada waktu itu Tan Sri H T Ong, yang mengkaji semula undang-undang keluarga bukan Islam dan mengesyorkan akta tersebut, bahawa bukan Islam yang telah berumahtangga masuk Islam semestinya dengan tujuan mengelakkan tanggungjawab kepada keluarga bukan Islam yang sedia ada.

 

qqÁKembali Ke Halaman Utama


© 2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com