Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

Isu Perkara 121 (1A) Perlembagaan

(dipetik dari Harakah Mei 2006) 

 

Dengan adanya peruntukan tersebut mahkamah Syariah selamat daripada campur tangan mahkamah sivil. Kes Muhammad bin Abdullah @ Moorthy dijadikan senjata bagi bukan Islam menentang peruntukan ini. Alasan mereka adalah Syariah diguna pakai atas bukan Islam, secara paksa. Sebab mahkamah sivil tidak ada kuasa dalam hal-ehwal yang diletak dibawa Syariah, mereka mahu peruntukan ini dipinda supaya mahkamah sivil mengatasi mahkamah Syariah sehingga memutuskan bidang kuasa mahkamah Syariah.

 

Oleh sebab semua pihak, termasuk balu Muhammad Abdullah, menerima dari segi nyata dan undang-undang, Moorthy sememangnya masuk Islam, undang-undang yang diguna pakai dalam segala aspek kehidupan beliau adalah ajaran Islam, iaitu Syariah. Oleh itu, soal apakah Muhammad Abdullah kekal dalam Islam atau sebaliknya hendaklah ditinjau dari segi ajaran Syariah. Dan itulah sebabnya Mahkamah Tinggi menolak permohonan balu beliau; Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai kuasa melaksanakan Syariah.

 

Sama dengan strategi yang diguna dalam cadangan IFC dahulu, bukan Islam enggan memberi penjelasan mengenai pindaan apa yang mereka mahu terhadap Perkara  121 (1A). Perkara itu ada dua aspek: kuasa kehakiman dan bidang kuasa mahkamah Syariah. Dalam laporan akhbar mereka menceritakan aspek pertama sahaja. Orang Islam hendaklah sekali lagi berjaga-jaga kemahiran manipulasi mereka dengan sokongan akhbar.

 

Jika Perkara 121 (1A) dipinda supaya mahkamah sivil dapat menundukkan bidang kuasa mahkamah syariah, dengan menuntut bahawa aduan-aduan yang dikandung dalam Memorandum MCCBCHS adalah dalam bidang kuasa mahkamah sivil, bukan Islam akan dapat ketepikan Syariah sama sekali. Ia akan merupakan satu kejayaan yang lebih gemilang daripada penubuhan IFC

 

qqKembali Ke Halaman Utama


2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com