Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

Allied Coordinating Committee of Islamic N.G.O.s (ACCIN)

Members of ACCIN – Al-Hidayah, Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services, Islamic Outreach ABIM, Jamiyah, JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY.

Secretariat: c/o MACMA Malaysia

Balai Islam 4th Floor, 250-D, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telephone: (603) 4044-2207;  FAX: (603) 4045-3231; e-mail: macmanet@tm.net.my,                  

Chairman:  Dato Haji Mustapha Ma, Tel: (603) 2095-1896; FAX: (603) 2095-1897; e-mail: ifngo@streamyx.com,

Secretary: Danial Hakim Boey, Tel: 012 2080284, FAX: 012 2864482; e-mail: hakboey@pc.jaring.my

  MEMORANDAM

Mengenai

CADANGAN PENUBUHAN MAJLIS/BADAN PERUNDINGAN AGAMA

Kepada

KERAJAAN MALAYSIA

Daripada

ACCIN (ALLIED COORDINATING COMMITTEE OF ISLAMIC NGOs)

 

ACCIN mendesak Kerajaan Malaysia supaya tidak sekali-kali  menyokong atau meluluskan penubuhan IRC oleh individu-individu dan pertubuhan non Islam tertentu yang terdiri daripada MCCBCHS (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism) dan Majlis Peguam bersama Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusianya.

A1. SIKAP ANTI-ISLAM PIHAK PENAJA.

Mengikut suatu memorandam  yang telah dikemukakan oleh MCCBCHS (memo MCCBCHS - Lampiran 1) bersama surat bertarikh  22hb Ogos 2001 (Lampiran 2) kepada Majlis Peguam, pendirian MCCBCHS mengenai beberapa perkara berkaitan Islam boleh dirumus seperti berikut:

  • Seseorang Muslim  patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;

  • Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna-pakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya  undang-undang syarak;

  • Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil  dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim  itu keluar dari agamanya;

  • Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;

  • Istilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;

  • Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua ibubapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;

  • Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.

ACCIN membantah keras tindakan MCCBCHS membangkitkan isu-isu di atas yang merupakan sungutan-sungutan pihak bukan Islam sedangkan isu-isu tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan mereka.  Ia bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan Islam.

Memorandam MCCBCHS tersebut adalah terang-terang satu tindakan campur tangan yang serius terhadap  ajaran Islam. Semata-mata dengan mempergunakan sebuah Badan Berkanun untuk mencapai matlamatnya tidak menjadikan campur tangan  MCCBCHS ini satu tindakan yang sah malah sebaliknya ia  boleh menjejaskan keharmonian beragama di negara ini.

Dengan adanya perasaan benci yang amat mendalam terhadap Islam di kalangan Ahli-ahli Majlis Peguam yang mana keahliannya ditakluki oleh mereka yang bukan Muslim, Majlis Peguam sebagai rakan seperjuangan MCCBCHS bekerja keras bagi menentukan idea IRC itu mendapat kejayaan, tanpa menghiraukan bantahan dari ahli-ahlinya sendiri di dalam Jawatankuasa Kecil Syariah (Lampiran 3).

A2. LINGKUNGAN KEBEBASAN BERAGAMA PIHAK BUKAN MUSLIM.

Tiada satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat MCCBCHS yang dirumuskan  di atas itu yang berkaitan  dengan orang-orang bukan Muslim. Artikel II, Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Setiap orang berhak mengakui dan mengamalkan agamanya…. dan menyebarkannya”. Perlu difahami bahawa  hak orang-orang bukan Muslim mengamalkan  agama mereka tidak termasuk hak untuk campur tangan  dalam ajaran agama lain, khususnya agama Islam,  apa lagi untuk mendesak supaya ajaran agama tersebut ditukar supaya memberi kepentingan kepada pihak yang tidak menganutinya.

Aneh sekali bagi sebuah organisasi pelbagai agama bukan Muslim seperti  MCCBCHS - yang mempunyai  banyak masalah di kalangan sesama mereka terutama sekali mengenai masalah  orang-orang Kristian yang kerap menukar kepercayaan agama serta pendirian politik dan masalah dengan pihak kerajaan mengenai tempat-tempat beribadah dan tanah perkuburan - tidak pun membangkitkan  masalah-masalah  ini dalam mana-mana memorandam mereka tetapi sebaliknya bersatu tenaga menentang Islam.

A3. IMPLIKASI BAGI ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA.

Sebagai suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini sahaja diperkenalkan buat masa ini. Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti  munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal.

Dengan kebencian mereka terhadap Islam – seperti yang terbukti melalui artikel yang ditulis oleh Ahli Kanan Majlis Peguam dalam warta mereka yang menghina azan yang mana telahpun dijawab oleh YAB Perdana Menteri – adalah dikhuatiri tuntutan lain pula akan menyusul sehingga ciri-ciri keIslaman negara ini terurai. Pernah diperkatakan Malaysia hampir mencapai kedudukan sebagai sebuah Negara Islam, kalau tidak kerana campur tangan kuasa penjajah dan ketibaan orang-orang bukan Muslim. Apakah kita sekarang ini sedang menyaksikan negara kita mundur semula menjadi  negara sekular dengan Islam sebagai hiasan politik semata-mata?!

B1. MAJLIS PERUNDINGAN AGAMA DITUBUHKAN BUKAN DENGAN NIAT MENJADIKANNYA SEBUAH BADAN BERDIALOG TETAPI SEBUAH BADAN BAGI MEMBETULKAN KESILAPAN.

Berdasarkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC (dilampirkan) badan ini hendaklah diwakili oleh Muslim dan Bukan Muslim daripada pelbagai agama dengan  kuasa untuk menerima aduan (seperti yang tercatit di A1 di atas) daripada penganut mana-mana agama terhadap agama lain dan akan membuat keputusn untuk membetulkan kesilapan walaupun sampai ke tahap menukar ajaran agama pihak yang dianggap bersalah dan menguatkuasakan keputusannya melalui kuasa mahkamah.

Bersabit aduan terhadap Islam, memorandam MCCBCHS menyoal dan menuntut supaya diubah beberapa ajaran Islam yang fundamental, yang telah sekian lama termaktub dalam sistem perundangan Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Penubuhan IRC telah dicabar oleh ACCIN untuk memberi contoh satu organisasi di mana-mana negara dalam dunia ini yang mempunyai kuasa sepertimana yang mereka berharap diberi kepda IRC tetapi  sehingga kini mereka belum berbuat demikian.

IRC berpotensi untuk campur tangan dalam ajaran mana-mana agama, bertentangan dengan kehendak pihak berkuasa agama yang terbabit, dan ini sudah tentu akan membawa kepada tindak balas yang boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal bila mana semua perwakilan mengambil bahagian adu mengadu diantara mereka sehingga membawa kepada terjejasnya  keharmonian beragama.

C. CAMPUR TANGAN DALAM SUSUNAN PERLEMBAGAAN MENGENAI PENTADBIRN HAL EHWAL ISLAM.

IRC semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta pegawai-pegawainya. IRC akan mendapat tentangan hebat daripada pihak-pihak tersebut. Implikasi bagi perpaduan ummah, hubungan di peringkat Persekutuan dengan Negeri dan cabaran kepada pentadbiran Islam yang sedang menghadapi pelbagai masalah, adalah serius.

D. PERWAKILAN SUHAKAM DAN MCCBCHS.

Tidak perlu diwujudkan satu lagi badan hak asasi manusia bagi menangani soal hak untuk mengamalkan agama sendiri. SUHAKAM sudahpun membuka laluan untuk mendengar aduan-aduan tersebut. SUHAKAM dalam bentuknya kini lebih sesuai kerana ia tidak boleh campur tangan dalam ajaran mana-mana agama walaupun ia mempunyai kuasa yang cukup untuk menangani sekatan-sekatan ke atas hak individu untuk mengamalkan agamanya sendiri, dan untuk menerima aduan daripada pihak berkuasa agama bagi menjalankan siasatan, tanpa terikat dengan undang-undang bersabit bukti dan peraturan, tidak seperti mahkamah. Yang penting, daripada mengenakan cara penyelesaian yang bercanggah dengan ajaran agama lain, SUHAKAM boleh mengesyorkan kepada kerajaan pindaan kepada undang-undang dan dasar yang sedia ada.

SUHAKAM menawarkan pendekatan yang halus kepada perkara yang amat sensitif dan berkemungkinan besar akan lebih berjaya. Keupayaan harus diuji dan jika ia berhasil barulah lebih banyak badan hak asasi manusia diwujudkan mengikut keperluan.

PENUTUP.

Kerajaan digesa supaya menolak cadangan penubuhan IRC itu. Membenarkan penubuhannya walaupun dalam bentuk yang paling sederhana sekalipun akan membuka ruang kepada lebih banyak lagi tuntutan untuk memperkukuhkannya sehingga ia dapat melemahkan Islam dengan  berkesan.

Dato’ Hj Mustapha Ma                                                                        25th January 2005

Pengerusi ACCIN

Merangkap Presiden MACMA

 

qqçKembali Ke Halaman Utama


© 2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com