Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

Suruhanjaya Antara Agama (IRC): Umat Islam tidak mahu bersatu 

 

Ipoh 17 Muharram 1426H @ 25 Feb 2005 - Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, YBhg Dato' Seri (Dr) Hj Harussani bin Hj Zakaria menyeru umat Islam khususnya mereka terdiri daripada AJK dan Pengurusan masjid supaya bersatu menentang agenda yang berniat mencerobohi kedaulatan agama Islam.

Komen ini dibuat khususnya merujuk kepada isu penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IRC) yang dicadangkan oleh Majlis Peguam bagi menyeimbangkan atau menjadi hubungan antara agama-agama di Malaysia.

Dalam komennya melalui ruangan Soal Jawab Agama yang didisarkan melalui Radio 3 Negeri Perak semalam, Dato' Seri Dr Hj Harussani menegaskan soal dalaman agama Islam tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekali pun kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan negara.

 

Harussani berkata oleh kerana umat Islam sendiri tidak mahu bersatu, ini telah memberi ruang kepada pihak lain untuk berbuat sesuatu seolah-olah laluan baru kepada mereka untuk mencampuri hal ehwal agama Islam.

Mufti Kerajaan Negeri Perak itu memberikan contoh dalam isu 'sure heboh' yang haram dari segi hukum syarak, umat Islam terutama di kalangan pengurusan masjid dan pertubuhan-pertubuhan agama Islam tidak menyuarakan sokongan dan pandangan mereka untuk menyokong pendirian tersebut.

Justeru itu, umat Islam perlu mengubah fikiran supaya bersikap lebih pro aktif dalam isu yang melibatkan kepentingan umat Islam - JMNPk

 

Copyright 2004 Jabatan Mufti Negeri Perak

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita050225-1.htm

 

qqKembali Ke Halaman Utama


2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com