Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

Penegasan BADAI berhubung Aktiviti Kumpulan Artikel 11/IFC

Badan Anti-Suruhanjaya Antara Agama IFC (BADAI) mengucapkan terima kasih kepada seluruh umat Islam dan NGOs yang hadir di dalam siri demonstrasi di hadapan Hotel Cititel, Penang Road, Pulau Pinang  14 Mei yang lalu. Semoga Allah mengganjari dan memperkuatkan iman saudara-saudari sekalian dan seluruh umat Islam yang bersama kami untuk terus berdepan dengan musuh Allah.

Kejayaan umat Islam yang hadir pada hari tersebut sehingga menggagalkan forum yang menuntut kebebasan murtad membuktikan kekuasaan Allah Azzawajalla telah menurunkan pertolonganNya sebagaimana dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran kepada orang-orang yang beriman dan membela Islam.

BADAI menyangkal dakwaan Haris Ibrahim bahawa penunjuk perasaan tersalah maklumat bahawa forum tersebut tidak kena mengena dengan IFC, sedangkan mereka mempunyai agenda tersembunyi dan kami mengetahui perkara ini berdasarkan 2 forum yang telah dibuat sebelum ini di Petaling Jaya dan Melaka.

BADAI dengan ini mewakili seluruh umat Islam dan NGOs Islam yang cintakan aqidah dan keharmonian hidup pelbagai agama di Malaysia menyatakan SEKERAS-KERASNYA PENEGASAN berikut:-

  • Supaya HENTIKAN sebarang usaha yang menghina undang-undang syariah dan menghina Islam dalam apa jua program dan acara di seluruh negara. Saya mengingatkan kumpulan ini, jika sekiranya masih berdegil, saya memberi jaminan bahawa kumpulan Artikel 11 ini dan seumpamanya akan berdepan dengan risiko yang lebih besar daripada mereka hadapi pada 14 Mei yang lalu.

  • Supaya MENGHORMATI Islam sebagai agama rasmi Negara, dan umat Islam yang selama ini sangat bertolak ansur dengan agama-agama lain.

  • Supaya kumpulan ini MESTI MENGHENTIKAN usaha untuk menuntut kebebasan murtad melalui Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang sekaligus mempertikai syariat Islam di mana setiap umat Islam dilarang sama sekali meninggalkan agamanya.

BADAI yakin bahawa mahkamah syariah mesti dikekalkan kerana Islam adalah satu-satunya agama di dunia ini yang memiliki peraturan yang menyeluruh dan sempurna sehingga kepada hal-hal peribadi untuk umatnya. Bagaimana peruntukan peraturan ini hendak dilaksanakan tanpa adanya mahkamah syariah?

BADAI menganggap bahawa sebarang usaha untuk menghapuskan artikel 121(1a) hanya akan mengundang salah faham dan mengancam keselamatan Negara kerana artikel berkenaan telah diterimapakai hampir 20 tahun tanpa berlaku sebarang ketidakadilan dan mengancam hak agama lain sehinggalah kumpulan ini sengaja mengapi-apikan isu keislaman Allahyarham Mohamad Abdullah @ Moorthy yang telah pun diselesaikan oleh kedua-dua mahkamah (sivil dan syariah).

Perjuangan mereka yang mengetengahkan isu Allahyarham Mohamad Abdullah @ Moorthy, S. Shamala, Kamariah Ali, Nyonya Tahir dan Lina Joy adalah bukti niat jahat mereka dan agenda terselindung mereka untuk menubuhkan IFC.

BADAI bagi pihak seluruh Umat Islam yang cintakan aqidah ini, MENYERU dengan sepenuh hati :-

  1. Supaya YAB Dato' Seri Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia supaya TIDAK MENDENGAR tuntutan mereka walaupun disertakan ribuan 'tandatangan', demi mengekalkan keharmonian hidup masyarakat pelbagai agama dalam Negara ini.

  2. Supaya ketua-ketua kumpulan ini yang terdiri daripada bukan Islam supaya mereka tidak menyibukkan diri untuk menentang undang-undang syariah dan agama Islam sebaliknya mereka berkewajiban untuk menyertai Islam bagi menyelamatkan diri mereka daripada Azab Api Neraka Jahannam yang telah disediakan oleh Allah .

  3. Agar mereka yang sedia Islam agar tidak bersubahat dengan agenda jahat ini dan segera bertaubat kembali kepada Allah serta meninggalkan fahaman-fahaman yang berteraskan akal fikiran yang kosong daripada Al-Quran dan hadis.

  4. Supaya berhati-hati dan berwaspada dengan agenda kumpulan ini yang turut didalangi oleh individu-individu yang berwajahkan Islam tetapi menganut fahaman liberalisme, pluralisme, dan sekularisme.

  5. Supaya pendokong-pendokong agama bukan Islam agar merujuk kekeliruan berkenaan Islam daripada sumber yang betul dan tidak merujuk kepada kumpulan-kumpulan Islam liberal seperti Sisters In Islam dan seumpamanya.

  6. Supaya seluruh umat Islam membantu dan menyokong perjuangan BADAI dan NGOs yang bersama-sama dalam sebarang bentuk bantuan dan sokongan.

Ulasan balas kenyataan Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri , 16 Mei)

BADAI berpendirian bahawa Nazri telah memberikan suatu respon yang tidak melambangkan beliau adalah seorang menteri dan sekaligus kenyataan tersebut mengheret kabinet Malaysia menyokong usaha-usaha penubuhan IFC dan kebebasan murtad apabila beliau mengaitkan kenyataan beliau sebagai pendirian kerajaan.

BADAI menegaskan bahawa Nazri yang mengaku Islam tidak boleh sesekali bersekongkol dengan kumpulan Artikel 11 dan seumpamanya apatah lagi memberi ruang kebebasan murtad kepada orang Islam. Oleh yang demikian, Nazri diminta untuk bertaubat.

Kenyataan Nazri ini jelas menggambarkan bahawa hak asasi manusia pada pendirian beliau hanya menjadi hak kepada mereka yang berkepentingan dan berkuasa dan tidak bagi kepentingan awam. Ini merujuk kepada kenyataan beliau yang menyatakan forum yang digagalkan pada 14 Mei lalu adalah hak mereka yang berada di dalam dewan, jadi bagaimana pula dengan hak umat Islam yang lain yang tidak bersetuju dengan apa yang dibincangkan di dalam dewan yang sudah tentu hasil forum tersebut akan membawa mudarat besar kepada keharmonian negara kelak? Di sini persoalan, apakah kayu ukur Nazri dalam menggariskan hak asasi manusia?

Ustaz Mohd Hafiz Nordin
Pengerusi BADAI

 

qqKembali Ke Halaman Utama


2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com