Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Penubuhan IFC 

Ummat Islam Malaysia harus bangun dan sedar ancaman dan bahaya yang bakal ditimpa jika penubuhan Suruhanjaya ini diluluskan dan berkuatkuasa.

Oleh itu ianya menjadi tanggungjawab dan kewajipan anda semua sebagai orang Muslim di Malaysia ini untuk:

1.  Faham dan maklum apa itu yang disebut sebagai Suruhanjaya ini dan implikasinya terhadap agama Islam dan ummat Muslimnya

2. Berusaha memaklumkan serta memberi kefahaman kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakannya dan ahli masyarakat lain berhubung penubuhan IFC dan bahayanya

3.  Berusaha menyatakan bantahan yang keras dan bersungguh agar usaha penubuhan IFC ini dibatalkan

4.  Berusaha dengan bersama-sama dengan suara yang padu memintakan wakil-wakil rakyat mereka menyekat usul penubuhan Suruhanjaya ini dari di bawa ke Parlimen

5. Menyuarakan bantahan melalui pelbagai media massa serta memberi pendidikan yang sewajarnya agar seluruh warga negara faham dan maklum sebab-sebab ummat Islam di Malaysia membantah penubuhan Suruhanjaya

6.  Memaklumkan serta menyebar maklumat kepada ummat Islam seluruh dunia dan berusaha mendapatkan sokongan mereka untuk turut bersuara melalui pelbagai kaedah dan ruang

 

qqKembali Ke Halaman Utama


2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com