Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.

Kronologinya seperti berikut: 

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.Kronologinya seperti berikut: 

Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar. 

Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'. 

Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF. 

Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini. 

Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka. 

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

 

qqKembali Ke Halaman Utama


2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com