Sama-sama kita MEMBANTAH sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan @ Interfaith Commission (IFC)
 

Tiada Sebab Keliru 

Mukadimah

MENGGUBAL undang-undang syariah tidak boleh disamakan dengan undang-undang sivil kerana ia memerlukan kepada nas al-Quran serta hadis Nabi Muhammad s.a.w. Ia tidak boleh digubal berasaskan teori dan logik akal serta pengalaman yang dilalui oleh masyarakat.

Persoalan nikah, cerai, poligami, nafkah terus mendapat perhatian masyarakat Islam negara ini. masalah suami-isteri dan anak sesungguhnya menuntut pembelaan dan keadilan daripada pihak berkuasa.

Baru-baru ini Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 dipersoalkan oleh kaum wanita.

Polemik itu berlaku berikutan bantahan beberapa persatuan wanita dan badan bukan kerajaan (NGO) sehingga Kabinet menangguhkan pewartaannya selepas akta itu diluluskan oleh Parlimen pada 22 Disember lalu sehingga kajian semula dibuat.

Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. RADZI MOHD. ZIN mendapatkan penjelasan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Muhamad Burok dan pensyarah undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Noor Aziah Mohd. Awal tentang polemik itu.

UTUSAN: Benarkah Akta undang-undang ini memperluaskan hak suami memfasakhkan (membubarkan) perkahwinan?

MUHAMAD: Dakwaan ini tidak benar. Menurut hukum syarak, tuntutan fasakh boleh dibuat sama ada oleh suami atau isteri. Jadi tidak timbul ia adalah tuntutan eksklusif isteri. Tuntutan ini dibuat oleh suami atau isteri berdasarkan adanya kecacatan di pihak yang satu lagi. Atau berlaku pengabaian nafkah oleh suami kepada isteri.

Jika kita mengkaji secara terperinci perbahasan ulama tentang fasakh, kita tidak akan runsing dengan akta yang dibentangkan ini kerana ia lebih selari dengan hukum syarak.

Suami yang memfasakhkan perkahwinan akibat keaiban di pihak isteri dan setelah dibuktikan di mahkamah tidak dipertanggungjawabkan menanggung sebahagian tuntutan selepas pembubaran perkahwinan. Adalah tidak adil jika isteri tersebut pula berhak membuat pelbagai tuntutan apabila perkahwinannya dibubarkan kerana keabaian isteri itu sendiri.

Undang-undang Islam adil kepada semua orang tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Dalam tuntutan fasakh, mahkamah yang membubarkan perkahwinan setelah berpuas hati terdapat faktor yang dibenarkan oleh hukum syarak, bukannya oleh suami.

UTUSAN: Benarkah Akta undang-undang ini memperluaskan hak suami memfasakhkan (membubarkan) perkahwinan?

NOOR AZIAH: Peruntukan fasakh kepada suami memang sudah ada sebelum ini cuma kebiasaan dalam masyarakat kita ialah isteri menuntut fasakh. Ini bagi memberi keadilan kepada kedua-dua pihak, isteri dan suami. Tetapi fasakh ini bukan mudah, kena bawa bukti di mahkamah dan ia mengambil masa yang lama berbanding kuasa mentalak isteri yang ada pada suami. Jika suami boleh buktikan isteri nusus (derhaka) misalnya, maka dia tidak perlu bayar nafkah.

Fasakh ini pula adalah kuasa mahkamah dan bukan senang hakim syarie mahu membuat keputusan membubarkan perkahwinan seseorang. Kita juga perlu ingat, perkahwinan bukan sahaja diasaskan kepada cinta sahaja tetapi banyak faktor lain.

UTUSAN: SETAKAT mana kebenaran dakwaan akta ini memudahkan suami berpoligami?

MUHAMAD: Sebenarnya undang-undang baru ini lebih ketat berbanding undang-undang lama kerana setiap permohonan untuk kebenaran berpoligami, mahkamah hendaklah memanggil isteri sedia ada, bakal isteri, wali bakal isteri dan pihak lain yang berkenaan untuk memberi keterangan bersabit permohonan suami itu. Peruntukan ini tidak ada dalam undang-undang lama. Sudah tentulah dengan memanggil semua pihak terlibat, mahkamah lebih berupaya membuat keputusan yang tepat dan menjaga kepentingan pihak yang berkenaan.

Walaupun Islam membenarkan poligami tetapi yang lebih dianjurkan ialah monogami bagi suami yang tidak dapat berlaku adil. Ini sesuai dengan firman Allah, Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana berkahwin) maka kahwinlah wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka (kahwinlah) seorang saja. (an-Nisa':3)

Ulama sudah sepakat menghukum bahawa harus berpoligami bagi lelaki yang memenuhi syaratnya. Perlu diingatkan bahawa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah adalah kesalahan dan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara atau kedua-duanya.

UTUSAN: SETAKAT mana kebenaran dakwaan akta ini memudahkan suami berpoligami?

NOOR AZIAH: Saya tidak setuju.Bagi saya, peruntukan ini paling adil bagi kedua pihak kerana sebelum ini, mereka yang mahu berpoligami cuma perlu memohon kepada mahkamah. Mahkamah akan panggil isteri untuk minta pandangan selain mahkamah timbangkan adil atau tidak.

Tetapi dengan akta baru ini, ada tambahan kerana lelaki yang mohon poligami mahkamah akan memanggil isteri, bakal isteri dan bakal wali. Ini lebih susah. Secara warasnya tidak ada ibu bapa yang mahu anak gadis mereka bernikah dengan suami orang. Isu poligami ini kalau isteri halang pun, bagi suami yang mahu berpoligami mereka akan mencari jalan termasuk bernikah di negara jiran.

Dan isu ini tidak akan selesai dengan kita haramkan poligami kerana kita tidak boleh haramkan apa yang dihalalkan oleh Islam. Cuma kita boleh kawal dan undang-undang ini adil kepada kedua-dua pihak dan suami pula tidak perlu bimbang disoal oleh Allah di akhirat kelak dari segi giliran isteri dan sebagainya.

UTUSAN: AKTA ini dikatakan memaksa isteri memilih sama ada menuntut nafkah atau harta sepencarian apabila suami berpoligami. Adakah ini boleh diterima?

MUHAMAD: Isu ini timbul kerana kurangnya pengetahuan tentang prinsip yang digunakan bagi menafsir sesuatu undang-undang itu. Undang-undang hendaklah ditafsirkan mengikut panduan yang telah diterima pakai dalam bidang perundangan dan bukannya pemahaman orang awam.

Jika kita perhalusi Seksyen 23 (9), undang-undang tersebut hanya terdapat perkataan `atau' antara para (a) dan (b), tidak ada perkataan `sama ada' sebelum para di atas. Perkataan `atau' ini merujuk kepada permohonan isteri dan bukannya kuasa mahkamah. Jika perkataan ini diganti dengan `dan' misalnya, ia akan mengundang lebih banyak masalah terutama bagi suami yang tidak mempunyai harta sepencarian di mana masih wajib menuntutnya bagi mengelakkan salah laku aturan walaupun sebenarnya harta itu tiada.

Dengan adanya perkataan `atau' itu ia memberi lebih ruang kepada isteri membuat permohonan salah satu atau kedua-duanya sekali. Hak berhubung harta sepencarian dan nafkah perlu diselesaikan bagi memastikan isteri sedia ada mendapat pembelaan dan saraan yang diperlukan mengikut hukum syarak.

Kes-kes yang diputuskan di negeri Selangor yang telah mewartakan undang-undang yang sama pada tahun 2003 menjadi bukti bahawa tiada paksaan memilih salah satu daripada tuntutan tersebut.

UTUSAN: AKTA ini dikatakan memaksa isteri memilih sama ada menuntut nafkah atau harta sepencarian apabila suami berpoligami. Adakah ini boleh diterima?

NOOR AZIAH: Ini tidak tepat kerana ia telah disalah tafsir. Maksud `atau' ini boleh membawa makna dua konotasi. Tidak ada perkataan `sama ada' memberi peluang kepada isteri mengambil kedua-dua atau salah satu. Kalau nak diperbaiki wajibkan nafkah sebaik mahkamah lulus poligami, suami diperintah bayar nafkah kepada isteri dan isteri boleh juga selesaikan harta yang dituntut.

Nafkah memang wajib, lagipun mereka bukan bercerai. Kalau ada masalah bayar nafkah, tuntut semula di mahkamah. Jadi tidak timbul isu.

UTUSAN: ADAKAH benar tanggapan akta ini membenarkan suami menuntut hak isteri apabila suami berpoligami?

MUHAMAD: Tidak benar. Undang-undang jelas menyatakan isteri dan suami boleh membuat tuntutan harta sepencarian. Bagaimanapun, prosesnya bukanlah begitu mudah.

Pemilikan harta secara mutlak dalam tempoh perkahwinan perlu dibuktikan terlebih dahulu di samping sumbangan secara langsung atau tidak terhadap pemerolehan harta tersebut juga menjadi asas penting dalam membuat perintah pembahagian harta.

Isteri yang tidak bekerja tidak pernah dinafikan hak harta sepencarian. Cuma kadar pembahagian tersebut adalah rendah sedikit berbanding isteri yang menyumbang.

Mahkamah Syariah mengiktiraf peranan dan sumbangan tidak langsung isteri dalam memberi sokongan moral kepada suami, menjaga anak-anak, menyediakan keperluan suami dan memberi ketenangan kepada suami. Namun, setakat ini belum ada tuntutan harta sepencarian oleh suami yang tidak menyumbang secara langsung dibenarkan oleh mahkamah.

UTUSAN: ADAKAH benar tanggapan akta ini membenarkan suami menuntut hak isteri apabila suami berpoligami?

NOOR AZIAH: Peruntukan ini memang ada dan ia untuk kedua-dua pihak. Biasanya akan diguna oleh isteri yang mohon nafkah. Sebabnya, ada kes suami bagi harta pada isteri. Contoh beli rumah atas nama isteri. Bila bergaduh isteri jual. Undang-undang ini untuk memberi keadilan kepada kedua-dua pihak. Saya percaya, ada isteri yang bekerja lebih kuat daripada suami, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja kerana selalunya suami yang lebih kerja kuat.

UTUSAN: BAGAIMANA pula pendapat mengatakan akta ini membenarkan suami mendapat perintah menghalang isteri melupuskan hartanya?

MUHAMAD: Permohonan ini hanya akan berjaya jika harta itu adalah yang boleh diiktiraf sebagai harta sepencarian mengikut undang-undang dan atas sebab-sebab yang wajar.

Pembuktiannya pula terletak kepada suami. Hak yang sama juga diberi kepada isteri.

Mahkamah hanya mengeluarkan perintah yang dipohon itu mengikut pembuktian semasa perbicaraan. Peruntukan undang-undang ini bukan khusus untuk suami tetapi juga untuk isteri apabila wujud hak masing-masing terhadap harta berkenaan yang dianggap harta sepencarian. Terdapat banyak kes yang ditolak oleh Mahkamah Syariah akibat kegagalan pihak menuntut mengemukakan bukti yang mencukupi.

UTUSAN: BAGAIMANA pula pendapat mengatakan akta ini membenarkan suami mendapat perintah menghalang isteri melupuskan hartanya?

NOOR AZIAH: Memang boleh kalau dibenarkan oleh mahkamah tetapi ia membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak. Cuma ia tidak semudah yang dikata. Berapa ramai pula suami yang ditahan harta mereka tetapi mereka tidak melenting. Perintah tahan harta ini juga perlukan bukti bukan dakwaan sahaja.

Isunya sekarang orang tidak faham proses perundangan melalui bukti dan hujah. Kalau di Mahkamah Sivil untuk mohon perintah tahan (injunksi) kena ada deposit buat ex-partie (kena tanggung kos). Bukan boleh beku sahaja-sahaja. Maknanya kena ada duit untuk mohon perintah sebegini.

UTUSAN: JIKA begitu, apa sebabnya timbul polemik terhadap akta ini?

MUHAMAD: Ada agenda pihak tertentu oleh badan-badan tertentu yang sengaja menimbulkan isu ini dan menjadikannya kontroversi sedangkan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku. Terdapat juga mereka yang kurang berpengetahuan tentang perjalanan Mahkamah Syariah dan juga Undang-undang Keluarga itu sendiri.

Ada juga pihak yang salah ertikan peruntukan undang-undang ini. Pendek kata, golongan yang bukan peguam jangan beria-ia mahu mentafsirkannya kerana perbuatan begitu boleh mengeliru dan menyesatkan orang lain.

UTUSAN: JIKA begitu, apa sebabnya timbul polemik terhadap akta ini?

NOOR AZIAH: Sebab polemik, kerana ada kepentingan tertentu. Mahu menjadi juara hak wanita. Kita mesti sentiasa berlaku adil kepada semua pihak. Hak wanita dalam Islam telah ditetapkan mengikut hukum Islam dan kita perlu sentiasa mematuhinya. Tidak perlu besarkan perkara ini. Saya rasa ketakutannya ialah nanti dengan pergi mahkamah, hakim lelaki akan diskriminasi wanita. Tetapi kita jangan lupa kebanyakan permohonan poligami ditolak oleh hakim syarie.

Mereka (hakim syarie) tahu hukum dan takut kepada kemungkaran maka mereka berhati-hati dalam membuat keputusan atau menjatuhkan hukum.

UTUSAN: JADI adakah perlu undang-undang ini dipinda?

MUHAMAD: Tidak perlu. Apa yang ada sekarang sudah cukup elok. Saya tidak nampak apa yang perlu dipinda. Ia tidak menganiaya kaum wanita sebaliknya mempunyai niat memberi perlindungan secukupnya kepada mereka. Apa yang mungkin menimbulkan rasa kurang senang ialah undang-undang ini memberi pengiktirafan kepada hak lelaki maka segolongan wanita mengatakan menindas mereka.

Undang-undang ini perlu diteruskan. Kalau nak kaji, boleh kaji tetapi sekarang ini belum kaji pun, belum tahu nak pinda atau tidak.

UTUSAN: JADI adakah perlu undang-undang ini dipinda?

NOOR AZIAH: Sekarang sudah elok benar kita menyusunnya malah kebanyakan negeri telah pun menguatkuasakannya termasuk Selangor sejak 2003. Kita perlu kembali kepada objektif iaitu mahu menyeragamkan undang-undang Islam kerana ketidakseragaman menimbulkan banyak masalah.

Pada saya, kita laksana dulu undang-undang ini dan tidak payah pinda. Tengok dulu hasilnya dalam tempoh lima tahun. Ada atau tidak lelaki memohon poligami. Sepatutnya perkara ini tak perlu diketengah

 

qqKembali Ke Halaman Utama


2006 puteraAlternatif87
e.mail : putera_alternatif87@yahoo.com